Poin utama Resolusi_Majlis_Keselamatan_PBB_1973

Resolusi ini, yang digunapakai di bawah Bab VII Piagam Bangsa-Bangsa Bersatu:

  • menuntut gencatan senjata serta merta dan penamatan keganasan, serangan dan penganiayaan sepenuhnya terhadap orang awam;
  • menguatkuasakan zon larangan penerbangan terhadap Libya;
  • membenarkan apa sahaja langkah untuk melindungi orang awam dan kawasan yang dihuni oleh orang awam, kecuali untuk kawasan yang "ditakluk tentera asing";
  • menguatkan sekatan senjata dan tindakan terhadap askar upahan, dengan mengenakan pemeriksaan ke atas kapal dan kapal terbang;
  • mengenakan pengharaman terhadap semua penerbangan dari Libya;
  • membekukan aset-aset yang dimiliki oleh kerajaan Libya, dan menegaskan bahawa aset-aset tersebut sepatutnya digunakan untuk kepentingan rakyat Libya;
  • melanjutkan pengharaman perjalanan dan pembekuan aset-aset di bawah Resolusi Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu 1970 terhadap individu-individu dan entiti-entiti Libya;
  • menubuhkan satu panel pakar-pakar untuk mengawasi dan mempromosi pelaksanaan sekatan.